CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 21 September 2011

KARANGAN BERFORMAT DAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT


TEKNIK PENULISAN

Kebolehan mengarang begitu penting bagi menjawab soalan Bahagian B Kertas 2.  Penguasaan teknik-teknik yang betul, dapat menghasilkan sebuah karangan yang baik bagi memberi kesan positif kepada pembaca.

Karangan terbahagi kepada dua iaitu karangan berformat dan karangan tidak berformat. Kedua-dua jenis karangan ini terdiri daripada karangan berbentuk fakta dan umum. Kita perlu mengetahui dan mengenali tentang jenis-jenis karangan tersebut kerana pengolahan isi dan bahasa berbeza.

Strategi Menjawab Soalan Karangan

Langkah 1 Memilih Tajuk
  1.  Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan. Pastikan format supaya karangan yang hendak ditulis tidak terkeluar daripada tajuk.
  2.  Pilih tajuk yang kamu faham dan kuasai.
  3.  Pastikan isi/ idea dan huraian yang dikemukakan untuk tajuk yang dipilih mencukupi.
Langkah 2  Merangka Karangan
  1. Tulis isi-isi yang berkaitan dengan tajuk dalam bentuk rangka karangan atau carta.
  2. Pastikan rangka karangan mengandungi pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.
  3. Rangka karangan sangat penting kerana dapat membantu menghuraikan isi secara tersusun. 
Langkah 3  Menulis Karangan 
  1. Tulis karangan berpandukan rangka karangan yang telah dibuat.
  2. Tulis karangan mengikut susunan, iaitu:
   Pendahuluan
  • Menulis pendahuluan untuk memperkenalkan tajuk karangan.
  • Tulis secara ringkas tetapi padat dalam satu perenggan.
   Isi-isi Penting
  • Susun isi-isi mengikut kepentingan.
  • Pastikan isi yang dikemukan mempunyai perkaitan dengan isi-isi dalam perenggan yang lain.
  • Dalam setiap isi perlu ada contoh dan huraian isi. Tuliskan ayat dengan bahasa yang mudah difahami.
  • Untuk lebih menarik, gunakan penanda wacana untuk menghubungkan idea antara ayat dengan ayat atau antara perenggan dengan perenggan.
    Penutup
  • Buat kesimpulan atau rumusan tentang karangan yang ditulis.