CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 20 October 2012

Skrip pengacaraan Majlis Restu Ilmu SK Sungai Talam, Kuantan


Bismillahhirahmanirahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Yang Berusaha
Pn Hjh Siti Ruhana bt Md Anuar selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Talam,

Yang Dihormati
Barisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan,  barisan guru-guru, para ibu bapa dan penjaga murid-murid serta murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Saya sebagai wakil ahli jawatankuasa pelaksana mengalu-alukan kedatangan para jemputan dan ibu bapa serta penjaga murid-murid tahun 6 ke Majlis Solat Hajat Perdana Fasa 2 dan Majlis Restu Ilmu Sekolah Kebangsaan Sungai Talam pada pagi yang berkat ini.
Ucapan Guru Besar 

Hadirin yang dihormati,

Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan;
Tuan Guru Besar menjadi tumpuan,
Persilakan tuan memberi ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Hjh Siti Ruhana bt Md Anuar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Talam memberikan ucapan.


Kalau dibentang seluas alam,
Kalau dilipat sebesar kuku;
Sejambak kata seuntai salam,
Degup bicara menusuk kalbu.

Ucapan wakil ibu bapa

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan wakil ibu bapa pelajar tahun 6 iaitu
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­____________________________________________  untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada wakil ibu bapa dan penjaga murid atas ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan wakil pelajar

Aturcara majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Wakil Pelajar. Untuk itu, dipersilakan adik Nurul Sarah Izzati bt Zahid untuk menyampaikan ucapan.
Majlis merakamkan ucapan terima kepada adik Nurul Sarah Izzati atas ucapan itu tadi. Begitulah harapan dan impian daripada anak-anak kita . Insyaalah dengan izin tuhan, moga-moga tercapai hasrat dan impian.
Murid-murid diminta berdiri tegak untuk melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh adik______________________________________________________

Persembahan Klip Video Khas

Hadirin  yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan persembahan klip video khas dan sama-samalah kita  hayati bait-baik kata yang akan dipersembahkan oleh guru-guru dan murid selepas ini. Dipersilakan.

Begitulah tadi, dapat kita saksikan persembahan klip video khas yang telah diinspirasikan oleh Pn Zalina, Ustaz Mohd Farid, Ustazah Normahanim dan dua orang murid iaitu adik Nurul Sarah Izzati dan adik Amira Najihah.

Hadirin yang dihormati,
Acara terakhir ialah acara salam mahabbah. Selepas ini murid-murid diminta beratur dan bersalaman dengan semua guru yang ada di sekolah ini iaitu guru-guru dari tahun 1 sehingga tahun 6. Mohonlah restu dan kemaafan daripada guru-guru kamu. Kami para guru sudah menghalalkan segala ilmu yang yang dicurah selama ini. Marah cikgu selama ini adalah marah kerana sayang.


Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama menjayakan  Majlis Restu Ilmu ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

(murid-murid beratur dan bersalam dengan guru)

Dipersilakan ibu bapa, guru-guru serta murid-murid untuk menjamu selera yang disediakan di kantin sekolah.

kertas kerja panitia bahasa Melayu


KERTAS KERJA PROGRAM SAMPINGAN
PANITIA BAHASA MELAYU SEMPENA PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2012
PUSAT SUMBER SK SUNGAI TALAM


1.      Rasional

Panitia Bahasa Melayu menjadi tunjang kepada penguasaan murid-murid dalam aspek ketrampilan berbahasa . Oleh itu, menjadi tanggungjawab panitia untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian sempena Program Galakan Membaca  Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sungai Talam. Diharapkan dengan perancangan yang dilakukan ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang.

Objektif

1.      Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dalam aktiviti yang dirancang.
2.      Menyemai semangat daya saing sesama murid.
3.      Mengharapkan murid-murid akan lebih berkeyakinan.

2.      Sasaran

Murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 SK Sungai Talam

3.      Pelaksanaan

Semasa Program Galakan Membaca Pusat Sumber

4.      Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

1.      Pertandingan tulisan cantik
2.      Pertandingan teka silang kata



5.      Anggaran kos

Pertama -         RM5.00 X  36 =  RM 180.00
Kedua -           RM 3.00 X  36 =  RM 108
Ketiga -           RM 2.00 X  36 =  RM 72

JUMLAH                                     RM 360

6.      AJK Pelaksana

Ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu


Penutup

Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.


Disediakan oleh,                             Disemak oleh,                              Disahkan oleh,

……………………                    ……………………                     …………………….
(ROBITAH BT SAAMAH)                (HALIJAH BT SUPAR)               (HJH SITI RUHANA BT MD ANUAR)
Setiausaha Panitia BM                    Ketua Panitia BM                     Guru Besar

Saturday 3 March 2012

Karangan Syarahan

Tajuk :  Kebersihan Asas Kebahagian

       Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Indah, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Kebersihan Asas Kebahagian".
Hadirin yang dihormati,
       Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan kita. Kita haruslah menjaga kebersihan diri supaya kesihatan kita terjamin. Kita mestilah memberus gigi dan mandi untuk membersihkan badan pada setiap hari. Selain itu, kuku yang panjang hendaklah di potong. Kotoran dan penyakit tidak akan hinggap kepada diri kita sekiranya kita sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
       Kita juga hendaklah sentiasa mandi apabila badan berpeluh dan kotor. Contohnya setelah pulang dari sekolah, bermain dan sebagainya. Kuman yang membawa penyakit mudah hinggap di badan kita jika badan kita kotor.
       Di samping itu, kebersihan pakaian jangan kita abaikan . Baju dan seluar atau kain yang dipakai hendaklah dibasuh dan dijemur. Badan kita tentu akan berasa selesa jika memakai pakaian yang bersih. Orang lain juga suka bergaul dengan kita.
       Kebersihan tempat tinggal juga hendaklah dititikberatkan. Apabila bangun daripada tiidur, selimut hendaklah kita lipat. Bantal pula hendaklah disusun dengan kemas di atas katil. Tingkap hendaklah dibuka supaya udara yang bersih dapat masuk. Peralatan bilik dan bilik mandi janganlah dibiarkan bersepah.
       Kesimpulan, sebagai seorang murid, kita haruslah menjaga kebersihan setiap hari dan di mana-mana sahaja. Ingatlah, kebersihan bukan sahaja asas kebahagian setiap orang dan keluarga, bahkan juga masyarakat. Sekian, terima kasih.