CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 20 October 2012

Skrip pengacaraan Majlis Restu Ilmu SK Sungai Talam, Kuantan


Bismillahhirahmanirahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Yang Berusaha
Pn Hjh Siti Ruhana bt Md Anuar selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Talam,

Yang Dihormati
Barisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan,  barisan guru-guru, para ibu bapa dan penjaga murid-murid serta murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Saya sebagai wakil ahli jawatankuasa pelaksana mengalu-alukan kedatangan para jemputan dan ibu bapa serta penjaga murid-murid tahun 6 ke Majlis Solat Hajat Perdana Fasa 2 dan Majlis Restu Ilmu Sekolah Kebangsaan Sungai Talam pada pagi yang berkat ini.
Ucapan Guru Besar 

Hadirin yang dihormati,

Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan;
Tuan Guru Besar menjadi tumpuan,
Persilakan tuan memberi ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Hjh Siti Ruhana bt Md Anuar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Talam memberikan ucapan.


Kalau dibentang seluas alam,
Kalau dilipat sebesar kuku;
Sejambak kata seuntai salam,
Degup bicara menusuk kalbu.

Ucapan wakil ibu bapa

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan wakil ibu bapa pelajar tahun 6 iaitu
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­____________________________________________  untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada wakil ibu bapa dan penjaga murid atas ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan wakil pelajar

Aturcara majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Wakil Pelajar. Untuk itu, dipersilakan adik Nurul Sarah Izzati bt Zahid untuk menyampaikan ucapan.
Majlis merakamkan ucapan terima kepada adik Nurul Sarah Izzati atas ucapan itu tadi. Begitulah harapan dan impian daripada anak-anak kita . Insyaalah dengan izin tuhan, moga-moga tercapai hasrat dan impian.
Murid-murid diminta berdiri tegak untuk melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh adik______________________________________________________

Persembahan Klip Video Khas

Hadirin  yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan persembahan klip video khas dan sama-samalah kita  hayati bait-baik kata yang akan dipersembahkan oleh guru-guru dan murid selepas ini. Dipersilakan.

Begitulah tadi, dapat kita saksikan persembahan klip video khas yang telah diinspirasikan oleh Pn Zalina, Ustaz Mohd Farid, Ustazah Normahanim dan dua orang murid iaitu adik Nurul Sarah Izzati dan adik Amira Najihah.

Hadirin yang dihormati,
Acara terakhir ialah acara salam mahabbah. Selepas ini murid-murid diminta beratur dan bersalaman dengan semua guru yang ada di sekolah ini iaitu guru-guru dari tahun 1 sehingga tahun 6. Mohonlah restu dan kemaafan daripada guru-guru kamu. Kami para guru sudah menghalalkan segala ilmu yang yang dicurah selama ini. Marah cikgu selama ini adalah marah kerana sayang.


Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama menjayakan  Majlis Restu Ilmu ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

(murid-murid beratur dan bersalam dengan guru)

Dipersilakan ibu bapa, guru-guru serta murid-murid untuk menjamu selera yang disediakan di kantin sekolah.

kertas kerja panitia bahasa Melayu


KERTAS KERJA PROGRAM SAMPINGAN
PANITIA BAHASA MELAYU SEMPENA PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2012
PUSAT SUMBER SK SUNGAI TALAM


1.      Rasional

Panitia Bahasa Melayu menjadi tunjang kepada penguasaan murid-murid dalam aspek ketrampilan berbahasa . Oleh itu, menjadi tanggungjawab panitia untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian sempena Program Galakan Membaca  Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sungai Talam. Diharapkan dengan perancangan yang dilakukan ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang.

Objektif

1.      Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dalam aktiviti yang dirancang.
2.      Menyemai semangat daya saing sesama murid.
3.      Mengharapkan murid-murid akan lebih berkeyakinan.

2.      Sasaran

Murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 SK Sungai Talam

3.      Pelaksanaan

Semasa Program Galakan Membaca Pusat Sumber

4.      Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

1.      Pertandingan tulisan cantik
2.      Pertandingan teka silang kata



5.      Anggaran kos

Pertama -         RM5.00 X  36 =  RM 180.00
Kedua -           RM 3.00 X  36 =  RM 108
Ketiga -           RM 2.00 X  36 =  RM 72

JUMLAH                                     RM 360

6.      AJK Pelaksana

Ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu


Penutup

Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.


Disediakan oleh,                             Disemak oleh,                              Disahkan oleh,

……………………                    ……………………                     …………………….
(ROBITAH BT SAAMAH)                (HALIJAH BT SUPAR)               (HJH SITI RUHANA BT MD ANUAR)
Setiausaha Panitia BM                    Ketua Panitia BM                     Guru Besar

Saturday 3 March 2012

Karangan Syarahan

Tajuk :  Kebersihan Asas Kebahagian

       Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Indah, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Kebersihan Asas Kebahagian".
Hadirin yang dihormati,
       Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan kita. Kita haruslah menjaga kebersihan diri supaya kesihatan kita terjamin. Kita mestilah memberus gigi dan mandi untuk membersihkan badan pada setiap hari. Selain itu, kuku yang panjang hendaklah di potong. Kotoran dan penyakit tidak akan hinggap kepada diri kita sekiranya kita sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
       Kita juga hendaklah sentiasa mandi apabila badan berpeluh dan kotor. Contohnya setelah pulang dari sekolah, bermain dan sebagainya. Kuman yang membawa penyakit mudah hinggap di badan kita jika badan kita kotor.
       Di samping itu, kebersihan pakaian jangan kita abaikan . Baju dan seluar atau kain yang dipakai hendaklah dibasuh dan dijemur. Badan kita tentu akan berasa selesa jika memakai pakaian yang bersih. Orang lain juga suka bergaul dengan kita.
       Kebersihan tempat tinggal juga hendaklah dititikberatkan. Apabila bangun daripada tiidur, selimut hendaklah kita lipat. Bantal pula hendaklah disusun dengan kemas di atas katil. Tingkap hendaklah dibuka supaya udara yang bersih dapat masuk. Peralatan bilik dan bilik mandi janganlah dibiarkan bersepah.
       Kesimpulan, sebagai seorang murid, kita haruslah menjaga kebersihan setiap hari dan di mana-mana sahaja. Ingatlah, kebersihan bukan sahaja asas kebahagian setiap orang dan keluarga, bahkan juga masyarakat. Sekian, terima kasih.

Thursday 24 November 2011

CONTOH-CONTOH KARANGAN TIDAK BERFORMAT

FAKTA

1.   Karangan jenis fakta memerlukan fakta yang tepat dan logik untuk menepati kehendak soalan.
2.   Kamu perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang tajuk untuk menjawab soalan ini.
3.   Karangan jenis fakta menjadi sumber maklumat kepada pembaca.
4.   Justeru, karangan jenis ini selalunya menerangkan sesuatu isu dan fungsi sesuatu topik.
5.   Huraikan setiap isi beserta contoh dengan jelas dalam satu perenggan.
6.   Sebagai penutup, kamu perlu membuat kesimpulan yang ringkas tentang isi-isi yang telah dihuraikan.

SOALAN CONTOH DAN JAWAPAN

Kadar kemalangan di jalan raya semakin meningkat di negara kita.
Tulis  karangan tentang punca-punca kemalangan jalan raya.

Rangka Karangan

Pendahuluan
kemalangan jalan raya dilapor berlaku pada setiap hari melalui saluran media massa - tetap berlaku walaupun pelbagai langkah telah dijalankan

Isi-isi penting
1.   pemandu memandu dalam keadaan letih dan mengantuk- hilang kawalan- tiada tumpuan
2.   sikap pemandu yang tergopoh-gapah ketika memandu

Friday 18 November 2011

LAPORAN

1. Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu kejadian, peristiwa atau kegiatan yang telah atau sedang dilakukan.
2. Biasanya, peristiwa yang dilaporkan berkaitan dengan kegiatan persatuan, lawatan, mesyuarat, majlis perasmian, ucapan dan sesbagainya.
3. Kamu dikehendaki mengandaikan diri sebagai setiausaha persatuan yang dipertanggungjawabkan untuk menulis laporan tersebut.
4. Perkara-perkara penting yang mesti ditulis dalam laporan ialah:
      a)   tempat, tarikh dan masa
      b)   peristiwa yang dilihat atau dialami
      c)   mengikut format laporan yang tertentu
      d)   pelapor

Format Laporan
___________________________________________________________________

            __________1)Tajuk________________________


        ____________2) Isi laporan (i)______________________________________
 ___________________________________________________________________

       ______________Isi laporan (ii)______________________________________
___________________________________________________________________

       ______________Isi laporan (iii)______________________________________
____________________________________________________________________


___3) Pengakuan pelapor                                                                 4) Tarikh


 ____5)Tandatangan pelapor

( nama pelapor)
 jawatan pelapor

___________________________________________________________________________________

Contoh Laporan


Laporan Perkhemahan Pengakap Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan

         Pada hari Jumaat, 27 Mei 2011 yang lalu, seramai 45 orang anggota pengakap dan lima orang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan telah mengadakan perkhemahan pengakap di Kem Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH), Kuantan Pahang.

        Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah. Di samping itu ada anggota pengakap yang menyediakan peralatan untuk memasak.

        Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk beriadah dan berehat selama  dua jam. waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di kawasan air terjun yang terdapat di situ.

       Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah ini di sampaikan oleh Ustaz Fared iaitu guru pemimpin yang menyertai kami. Ceramah yang disampaikan ialah tentang kepentinngan menjaga kebersihan.

       Pada hari berikutnya, berakhirlah perkhemahan kami di Kem SHAH. Pada pukul 2.30 petang, kami bergotong-royong mengemas barang dan alat-alat perkhemahan. Kami bergerak pulang dengan menaiki bas pada pukul 3.00 petang.


Laporan disediakan oleh,                                                                                                        1 Jun 2011

Ahmad Hanif
(AHMAD HANIF BIN KAMAL)
Setiausaha Pengakap,
SK Sungai Talam.

Bahasa Melayu 2 UPSR (Bahagian B): Surat Kiriman Tidak Rasmi

Bahasa Melayu 2 UPSR (Bahagian B): Surat Kiriman Tidak Rasmi

Surat Kiriman Tidak Rasmi

1. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi dan ditujukan kepada ibu bapa, kaum keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.
2. Surat kiriman tidak rasmi terdiri daripada beberapa jenis seperti surat untuk menanyakan khabar, tahniah, surat takziah, surat undangan dan sebagainya.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

____________________________________________________________________________________

                                                                              1) Alamat Pengirim __________________ 
                                                                                                               __________________
                                                                                                               __________________
                                                                                                               __________________             
                                                                                                                
                                                                                             2) Tarikh    _________________


         ____3) Pembuka kata___________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________


_________________    4)  Kata ganti diri penerima

         _____________5) Pendahuluan ___________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

         ____________________6) Isi_1_________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

        ____________________Isi 2______________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

        __________________  Isi 3_______________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

        ___________________7) Penutup__________________________________________________
__________________________________________________________________________________

                                                  8) Pengakuan pengirim dan tandatangan_______________

                                   

________________________________________________________________________________________________________

Contoh surat kiriman tidak rasmi - menceritakan pengalaman semasa bercuti


                                                                                                                No. 11, Lorong IM 14/9,
                                                                                                                Taman Mahkota Idaman,
                                                                                                                25200 Kuantan,
                                                                                                                Pahang Darul Makmur.
                                                                                                                                  
                                                                                                                5 Januari 2011

          Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Norhana yang berada di Ipoh. Semoga saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat walafiat.

Saudari,
          Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2011. Apa azam saudari pada tahun ini? Isi surat saya pada kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman percutian saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu.

           Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa berada di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat yang menarik. Saya berpeluang melawat ladang teh, kebun bunga ros, taman kaktus, ladang strawberi, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.

          Tempat yang menarik hati saya ialah ladang strawberi. Di situ, saya berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberapa bungkus strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Hinglands sangat sejuk. Saya berasa seolah-oleh berada di luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.

          Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudari. Semoga dipanjangkan usia kita agar dapat berjumpa lagi.       


                                                                                                                                      Sahabatmu ,

                                                                                                                                 Hanim Insyirah

Sunday 23 October 2011

CONTOH-CONTOH KARANGAN BERFORMAT

1. SURAT KIRIMAN RASMI

  1. Surat kiriman rasmi ialah surat yang dikirim kepada pihak tertentu menggunakan format yang ditetapkan.
  2. Terdapat beberapa jenis surat kiriman rasmi, iaitu:
           a)   surat permohonan             d)   surat pesanan barang
           b)   surat bantahan                e)   surat jemputan
           c)   surat aduan                     f)   surat rayuan


Format Surat Kiriman Rasmi
____________________________________________________________________________________________________________________________________


__________________
__________________
__________________         1 alamat pengirim
__________________
_______________2garis panjang melintang____________________________
__________________
__________________
__________________          3-   nama dan alamat penerima
__________________                                                    4tarikh _________


__________,      5panggilan hormat penerima


______________________________________     6-  perkara


____________________________7isi  1 ___________________________
______________________________________________________________



2.  ___________________________isi  2 _____________________________
_______________________________________________________________



3.  ___________________________ isi  3_____________________________
______________________________________________________________



________________________8 - penutup dan ucapan terima kasih_______
___________________________________________________________



_______________
_______________      9-pengakuan dan tandatangan pengirim

(______________)
_______________
_______________      10-  nama dengan huruf besar dan jawatan pengirim



_____________________________________________________________________________________________________________________________________________


 Contoh Surat Kiriman Rasmi 
                                   
                             
Persatuan Kadet Remaja,
Sekolah Kebangsaan Sungai Talam,
25200 Kuantan, Pahang.
__________________________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Talam,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.                                                                                   23 Oktober 2011

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Kadet Remaja 2011

Dengan segala hormatnya, perkara di atas saya rujuk;

2.    Butir-butir perkhemahan yang akan diadakan adalah seperti berikut:
          a)    Tarikh          :        30 hingga 31 Oktober 2011
          b)    Hari             :        Sabtu dan Ahad
          c)    Masa           :         Bermula 3.00 petang dan berakhir 6.00 petang
                                              keesokannya
          d)    Tempat        :        Padang bola sekolah

3.    Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk saling mengenali antara anggota persatuan. Anggota kadet juga dilatih supaya dapat berdikari melakukan aktiviti semasa perkhemahan. Mereka juga mesti dilatih menepati  masa bagi semua aktiviti yang dirancang.

4.    Selain itu, anggota kadet akan dapat merasai pengalaman baharu semasa perkhemahan. Antaranya, tidur beramai-ramai dalam satu khemah dan berkawal malam mengikut giliran.

Sehubungan dengan itu, kami berhasrat mengundang tuan untuk merasmikan Perkhemahan Kadet Remaja 2011 pada kali ini. Kami berharap agar  pihak tuan menerima permohonan kami seterusnya menerima undangan ini. Kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

Jamilah  
(JAMILAH BT JAMIL)
Setiausaha Kadet Remaja,
SK Sungai Talam, Kuantan 

Wednesday 21 September 2011

KARANGAN BERFORMAT DAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT


TEKNIK PENULISAN

Kebolehan mengarang begitu penting bagi menjawab soalan Bahagian B Kertas 2.  Penguasaan teknik-teknik yang betul, dapat menghasilkan sebuah karangan yang baik bagi memberi kesan positif kepada pembaca.

Karangan terbahagi kepada dua iaitu karangan berformat dan karangan tidak berformat. Kedua-dua jenis karangan ini terdiri daripada karangan berbentuk fakta dan umum. Kita perlu mengetahui dan mengenali tentang jenis-jenis karangan tersebut kerana pengolahan isi dan bahasa berbeza.

Strategi Menjawab Soalan Karangan

Langkah 1 Memilih Tajuk
  1.  Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan. Pastikan format supaya karangan yang hendak ditulis tidak terkeluar daripada tajuk.
  2.  Pilih tajuk yang kamu faham dan kuasai.
  3.  Pastikan isi/ idea dan huraian yang dikemukakan untuk tajuk yang dipilih mencukupi.
Langkah 2  Merangka Karangan
  1. Tulis isi-isi yang berkaitan dengan tajuk dalam bentuk rangka karangan atau carta.
  2. Pastikan rangka karangan mengandungi pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.
  3. Rangka karangan sangat penting kerana dapat membantu menghuraikan isi secara tersusun. 
Langkah 3  Menulis Karangan 
  1. Tulis karangan berpandukan rangka karangan yang telah dibuat.
  2. Tulis karangan mengikut susunan, iaitu:
   Pendahuluan
  • Menulis pendahuluan untuk memperkenalkan tajuk karangan.
  • Tulis secara ringkas tetapi padat dalam satu perenggan.
   Isi-isi Penting
  • Susun isi-isi mengikut kepentingan.
  • Pastikan isi yang dikemukan mempunyai perkaitan dengan isi-isi dalam perenggan yang lain.
  • Dalam setiap isi perlu ada contoh dan huraian isi. Tuliskan ayat dengan bahasa yang mudah difahami.
  • Untuk lebih menarik, gunakan penanda wacana untuk menghubungkan idea antara ayat dengan ayat atau antara perenggan dengan perenggan.
    Penutup
  • Buat kesimpulan atau rumusan tentang karangan yang ditulis.