CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 18 November 2011

LAPORAN

1. Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu kejadian, peristiwa atau kegiatan yang telah atau sedang dilakukan.
2. Biasanya, peristiwa yang dilaporkan berkaitan dengan kegiatan persatuan, lawatan, mesyuarat, majlis perasmian, ucapan dan sesbagainya.
3. Kamu dikehendaki mengandaikan diri sebagai setiausaha persatuan yang dipertanggungjawabkan untuk menulis laporan tersebut.
4. Perkara-perkara penting yang mesti ditulis dalam laporan ialah:
      a)   tempat, tarikh dan masa
      b)   peristiwa yang dilihat atau dialami
      c)   mengikut format laporan yang tertentu
      d)   pelapor

Format Laporan
___________________________________________________________________

            __________1)Tajuk________________________


        ____________2) Isi laporan (i)______________________________________
 ___________________________________________________________________

       ______________Isi laporan (ii)______________________________________
___________________________________________________________________

       ______________Isi laporan (iii)______________________________________
____________________________________________________________________


___3) Pengakuan pelapor                                                                 4) Tarikh


 ____5)Tandatangan pelapor

( nama pelapor)
 jawatan pelapor

___________________________________________________________________________________

Contoh Laporan


Laporan Perkhemahan Pengakap Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan

         Pada hari Jumaat, 27 Mei 2011 yang lalu, seramai 45 orang anggota pengakap dan lima orang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan telah mengadakan perkhemahan pengakap di Kem Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH), Kuantan Pahang.

        Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah. Di samping itu ada anggota pengakap yang menyediakan peralatan untuk memasak.

        Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk beriadah dan berehat selama  dua jam. waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di kawasan air terjun yang terdapat di situ.

       Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah ini di sampaikan oleh Ustaz Fared iaitu guru pemimpin yang menyertai kami. Ceramah yang disampaikan ialah tentang kepentinngan menjaga kebersihan.

       Pada hari berikutnya, berakhirlah perkhemahan kami di Kem SHAH. Pada pukul 2.30 petang, kami bergotong-royong mengemas barang dan alat-alat perkhemahan. Kami bergerak pulang dengan menaiki bas pada pukul 3.00 petang.


Laporan disediakan oleh,                                                                                                        1 Jun 2011

Ahmad Hanif
(AHMAD HANIF BIN KAMAL)
Setiausaha Pengakap,
SK Sungai Talam.

No comments:

Post a Comment