CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 3 March 2012

Karangan Syarahan

Tajuk :  Kebersihan Asas Kebahagian

       Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Indah, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Kebersihan Asas Kebahagian".
Hadirin yang dihormati,
       Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan kita. Kita haruslah menjaga kebersihan diri supaya kesihatan kita terjamin. Kita mestilah memberus gigi dan mandi untuk membersihkan badan pada setiap hari. Selain itu, kuku yang panjang hendaklah di potong. Kotoran dan penyakit tidak akan hinggap kepada diri kita sekiranya kita sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
       Kita juga hendaklah sentiasa mandi apabila badan berpeluh dan kotor. Contohnya setelah pulang dari sekolah, bermain dan sebagainya. Kuman yang membawa penyakit mudah hinggap di badan kita jika badan kita kotor.
       Di samping itu, kebersihan pakaian jangan kita abaikan . Baju dan seluar atau kain yang dipakai hendaklah dibasuh dan dijemur. Badan kita tentu akan berasa selesa jika memakai pakaian yang bersih. Orang lain juga suka bergaul dengan kita.
       Kebersihan tempat tinggal juga hendaklah dititikberatkan. Apabila bangun daripada tiidur, selimut hendaklah kita lipat. Bantal pula hendaklah disusun dengan kemas di atas katil. Tingkap hendaklah dibuka supaya udara yang bersih dapat masuk. Peralatan bilik dan bilik mandi janganlah dibiarkan bersepah.
       Kesimpulan, sebagai seorang murid, kita haruslah menjaga kebersihan setiap hari dan di mana-mana sahaja. Ingatlah, kebersihan bukan sahaja asas kebahagian setiap orang dan keluarga, bahkan juga masyarakat. Sekian, terima kasih.