Wednesday 21 September 2011
TEKNIK PENULISAN
Kebolehan mengarang begitu penting bagi menjawab soalan Bahagian B Kertas 2. Penguasaan teknik-teknik yang betul, dapat menghasilkan sebuah karangan yang baik bagi memberi kesan positif kepada pembaca.
Karangan terbahagi kepada dua iaitu karangan berformat dan karangan tidak berformat. Kedua-dua jenis karangan ini terdiri daripada karangan berbentuk fakta dan umum. Kita perlu mengetahui dan mengenali tentang jenis-jenis karangan tersebut kerana pengolahan isi dan bahasa berbeza.
Strategi Menjawab Soalan Karangan
Langkah 1 Memilih Tajuk
- Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan. Pastikan format supaya karangan yang hendak ditulis tidak terkeluar daripada tajuk.
- Pilih tajuk yang kamu faham dan kuasai.
- Pastikan isi/ idea dan huraian yang dikemukakan untuk tajuk yang dipilih mencukupi.
Langkah 2 Merangka Karangan
- Tulis isi-isi yang berkaitan dengan tajuk dalam bentuk rangka karangan atau carta.
- Pastikan rangka karangan mengandungi pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.
- Rangka karangan sangat penting kerana dapat membantu menghuraikan isi secara tersusun.
Langkah 3 Menulis Karangan
- Tulis karangan berpandukan rangka karangan yang telah dibuat.
- Tulis karangan mengikut susunan, iaitu:
Pendahuluan
- Menulis pendahuluan untuk memperkenalkan tajuk karangan.
- Tulis secara ringkas tetapi padat dalam satu perenggan.
Isi-isi Penting
- Susun isi-isi mengikut kepentingan.
- Pastikan isi yang dikemukan mempunyai perkaitan dengan isi-isi dalam perenggan yang lain.
- Dalam setiap isi perlu ada contoh dan huraian isi. Tuliskan ayat dengan bahasa yang mudah difahami.
- Untuk lebih menarik, gunakan penanda wacana untuk menghubungkan idea antara ayat dengan ayat atau antara perenggan dengan perenggan.
Penutup
- Buat kesimpulan atau rumusan tentang karangan yang ditulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)